Profile Syarikat





Syarikat EZ Multi Resources (EZM) adalah sebuah syarikat bertaraf Bumiputera yang menyediakan berbagai bekalan dan perkhidmatan kepada jabatan-jabatan kerajaan , badan berkanun , sektor swasta dan persendirian.

Dimiliki dan diuruskan sepenuhnya oleh Usahawan Bumiputera, teras perniagaan kami merupakan Khidmat Jualan, Servis dan Pembekalan Peralatan ICT serta Kelengkapan, Automasi / Aksesori Pejabat,Servis Alat Telekomunikasi dan Menawarkan Perkhidmatan Pembangunan Website yang lengkap dengan harga yang berbaloi dan amat berpatutan.Syarikat juga telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia bertaraf Bumiputera.


Kami juga berkerjasama dengan Pakar pusat perundingan dan latihan penerbitan di Malaysia. Ia merupakan organisasi perunding dan pusat latihan yang menawarkan pelbagai kursus, seminar, bengkel dan latihan kepada masyarakat yang terlibat dalam bidang penulisan,penerbitan dan seumpama dengannya. Ia menyediakan kursus in -house bagi Kementerian / Jabatan dan Badan-badan berkanun.


Objektif kami adalah memberi pembekalan dan perkhidmatan yang cemerlang, berkualiti dan memenuhi kepuasan pelanggan.


Misi kami:

Dengan mengamalkan prinsip harga murah serta barang yang berkualiti, kami berhasrat untuk turut bersama-sama menyumbang ke arah cita-cita negara untuk memajukan bidang ICT di negara ini seiring dengan status negara membangun dan wawasan 2020.

Sila hubungi kami untuk mendapatkan sebutharga atas peralatan yang ingin dibeli/disewa atau perkhidmatan ICT dan Pembangunan Website yang ingin dilanggan.


LOGO Rasmi EZ Multi Resources